Pada 24 September 2011 bersamaan dengan 26 Syawal 1432H, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan serbaguna Kolej Sebelas. Majlis tersebut dihadiri oleh pengetua Kolej Sebelas dan beberapa pengetua kolej kediaman yang lain, felo, rakan felo, staf dan pelajar Kolej Sebelas sendiri. Dengan hiasan dalaman dewan yang berkonsepkan hari raya, seperti pelita, lemang, lampu kelip-kelip, ketupat dan sebagainya telah menghidupkan satu suasana hari raya yang sangat meriah. Para pengunjung yang hadir pada malam itu masing-masing menggayakan pakaian hari raya yang sangat cantik. Juadah pada malam itu juga tidak kurang hebatnya, iaitu sate, soto, nasi impit, kuah kacang, kuih muih dan air sarsi. Pada malam itu, beberapa acara telah dijalankan seperti pertandingan karaoke lagu raya, pertandingan busana tercantik, cabutan bertuah dan sambutan hari lahir bonda pengetua, Puan Iza Dura dan pengurus Kolej Sebelas, Puan Zaleha.
|
Salah satu dekorasi dalaman, pelita. |
|
Pengetua Kolej Sebelas bersama Presiden Kolej Sebelas. |
|
Sate antara makanan yang dihidangkan. |
|
Meja tetamu VIP |