Sunday 13 November 2011

Pertandingan Anggun Busana Sempena Pesta Konvokesyen UPM Ke-35

Pertandingan Anggun Busana ini telah dijalankan pada 19 Oktober 2011 bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 9.45 malam bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Kesebelas, UPM. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua kolej-kolej kediaman di UPM. Dianggarkan hampir 200 orang tetamu dan penonton yang hadir. Pertandingan ini diadakan secara tertutup dan hanya melibatkan golongan mahasiswi sahaja. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar menonjolkan bakat kreatif mereka melalui medium-medium yang disediakan. Semoga program sebegini akan berterusan dalam usaha meningkatkan lagi mutu personaliti mahasiswi-mahasiswi UPM.

Para peserta.

Para pemenang.


Sunday 6 November 2011

Lambaian Aidilfitri - Majlis Sambutan Aidilfitri Kolej 11 2011

Pada 24 September 2011 bersamaan dengan 26 Syawal 1432H, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan serbaguna Kolej Sebelas. Majlis tersebut dihadiri oleh pengetua Kolej Sebelas dan beberapa pengetua kolej kediaman yang lain, felo, rakan felo, staf dan pelajar Kolej Sebelas sendiri. Dengan hiasan dalaman dewan yang berkonsepkan hari raya, seperti pelita, lemang, lampu kelip-kelip, ketupat dan sebagainya telah menghidupkan satu suasana hari raya yang sangat meriah. Para pengunjung yang hadir pada malam itu masing-masing menggayakan pakaian hari raya yang sangat cantik. Juadah pada malam itu juga tidak kurang hebatnya, iaitu sate, soto, nasi impit, kuah kacang, kuih muih dan air sarsi. Pada malam itu, beberapa acara telah dijalankan seperti pertandingan karaoke lagu raya, pertandingan busana tercantik, cabutan bertuah dan sambutan hari lahir bonda pengetua, Puan Iza Dura dan pengurus Kolej Sebelas, Puan Zaleha.
Salah satu dekorasi dalaman, pelita.
Pengetua Kolej Sebelas bersama Presiden Kolej Sebelas.
Sate antara makanan yang dihidangkan.
Meja tetamu VIP

Saturday 5 November 2011

Minggu Perkasa Putra 2011

Tarikh : 7 – 11 September 2011
Tempat : Kolej Sebelas. Universiti Putra Malaysia  

Minggu Perkasa Putra telah diadakan selama 4 hari khusus untuk menyambut pelajar baharu di Kolej Sebelas. Untuk kemasukan kali ini, seramai 222 telah diterima masuk ke Kolej Sebelas, namun hanya 179 pelajar yang berjaya mendaftar. Pendaftaran di Kolej Sebelas dilakukan pada sebelah pagi.

Sepanjang minggu orientasi, pelbagai aktiviti telah disertai oleh pelajar baharu termasuk latihan senam seni, taklimat PKU, Meal Plan & Book Plan, Keselamatan dan  Taklimat Perpustakaan serta Pendaftaran Kursus. Pada hari keempat Minggu Perkasa Putra, para pelajar baharu menyertai acara senam seni dan bazar persatuan di Bukit Eskpo. Kemeriahan sangat dirasai kerana pelajar Kolej Sebelas membawa payung dan meraikan cuaca mendung pada pagi tersebut. Upacara Ikrar Pelajar Baharu telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis di hadapan Naib Canselor UPM, Y. Bhg. Dato’ Ir. Radin Umar Radin Sohadi.

Pembantu Universiti memberi demonstrasi senam seni.

Latihan senam seni di Kolej Sebelas.

Acara senam seni di Bukit Ekspo.