Sunday, 13 November 2011

Pertandingan Anggun Busana Sempena Pesta Konvokesyen UPM Ke-35

Pertandingan Anggun Busana ini telah dijalankan pada 19 Oktober 2011 bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 9.45 malam bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Kesebelas, UPM. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua kolej-kolej kediaman di UPM. Dianggarkan hampir 200 orang tetamu dan penonton yang hadir. Pertandingan ini diadakan secara tertutup dan hanya melibatkan golongan mahasiswi sahaja. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar menonjolkan bakat kreatif mereka melalui medium-medium yang disediakan. Semoga program sebegini akan berterusan dalam usaha meningkatkan lagi mutu personaliti mahasiswi-mahasiswi UPM.

Para peserta.

Para pemenang.


Sunday, 6 November 2011

Lambaian Aidilfitri - Majlis Sambutan Aidilfitri Kolej 11 2011

Pada 24 September 2011 bersamaan dengan 26 Syawal 1432H, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan serbaguna Kolej Sebelas. Majlis tersebut dihadiri oleh pengetua Kolej Sebelas dan beberapa pengetua kolej kediaman yang lain, felo, rakan felo, staf dan pelajar Kolej Sebelas sendiri. Dengan hiasan dalaman dewan yang berkonsepkan hari raya, seperti pelita, lemang, lampu kelip-kelip, ketupat dan sebagainya telah menghidupkan satu suasana hari raya yang sangat meriah. Para pengunjung yang hadir pada malam itu masing-masing menggayakan pakaian hari raya yang sangat cantik. Juadah pada malam itu juga tidak kurang hebatnya, iaitu sate, soto, nasi impit, kuah kacang, kuih muih dan air sarsi. Pada malam itu, beberapa acara telah dijalankan seperti pertandingan karaoke lagu raya, pertandingan busana tercantik, cabutan bertuah dan sambutan hari lahir bonda pengetua, Puan Iza Dura dan pengurus Kolej Sebelas, Puan Zaleha.
Salah satu dekorasi dalaman, pelita.
Pengetua Kolej Sebelas bersama Presiden Kolej Sebelas.
Sate antara makanan yang dihidangkan.
Meja tetamu VIP

Saturday, 5 November 2011

Minggu Perkasa Putra 2011

Tarikh : 7 – 11 September 2011
Tempat : Kolej Sebelas. Universiti Putra Malaysia  

Minggu Perkasa Putra telah diadakan selama 4 hari khusus untuk menyambut pelajar baharu di Kolej Sebelas. Untuk kemasukan kali ini, seramai 222 telah diterima masuk ke Kolej Sebelas, namun hanya 179 pelajar yang berjaya mendaftar. Pendaftaran di Kolej Sebelas dilakukan pada sebelah pagi.

Sepanjang minggu orientasi, pelbagai aktiviti telah disertai oleh pelajar baharu termasuk latihan senam seni, taklimat PKU, Meal Plan & Book Plan, Keselamatan dan  Taklimat Perpustakaan serta Pendaftaran Kursus. Pada hari keempat Minggu Perkasa Putra, para pelajar baharu menyertai acara senam seni dan bazar persatuan di Bukit Eskpo. Kemeriahan sangat dirasai kerana pelajar Kolej Sebelas membawa payung dan meraikan cuaca mendung pada pagi tersebut. Upacara Ikrar Pelajar Baharu telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis di hadapan Naib Canselor UPM, Y. Bhg. Dato’ Ir. Radin Umar Radin Sohadi.

Pembantu Universiti memberi demonstrasi senam seni.

Latihan senam seni di Kolej Sebelas.

Acara senam seni di Bukit Ekspo.



Monday, 3 October 2011

FUTSAL - PESTA KONVO UPM 2011




CHALLENGE YOURSELF PEOPLE !  =)

KARNIVAL PAINTBALL - PESTA KONVO UPM 2011





Karnival Paintball Pesta Konvokosyen UPM 2011!

Di Bukit Expo pada 15,16 Oktober 2011
Tarik Tutup Pendaftaran- Sebeum 10 Oktober 2011
Yuran Penyertaan sebanyak RM180.00 setiap 1 pasukan.

Syarat2 Penyertaan dan Peraturan
-Terbuka kepada semua warga UPM
-1 pasukan terdiri daripada 6 peserta (1 simpanan)
-Penyertaan hanya terhad kepada 50 pasukan sahaja
-Peserta hendaklah patuh kepada semua arahan yg diberikan oleh semua Pengadil terlatih semasa perlawanan
-Penganjur berhak melakukan perubahan kepada struktur perlawanan sebelum kejohanan.
-Sebarang penggunaan tambahan paintball/palet akan dicaj
-Hadiah
PERTAMA - RM800.00 sijil, medal serta hamper
KEDUA- RM600.00 sijil, medal serta hamper
KETIGA- RM400.00 sijil, medal serta hamper
HADIAH SAGUHATI- sijil, medal serta hamper

-Setiap pasukan akan bermain sekurang-kurangnya 4 perlawanan
-16 pasukan utk pusingan kelayakn (8-4final)
BERMINAT? SILA HUBUNGI FATIN, 0173923239. SILA SMS NAMA, NO IC, NO TELEFON.

PERTANDINGAN TARIK TALI - PESTA KONVO UPM 2011






Pertandingan Tarik Tali.
-Satu Kumpulan 10 orang.
-Yuran penyertaan satu kumpulan rm50
-Sila sms nama ahli kumpulan dan nama ketua kumpulan. ketua kumpulan perlu menyertakan sekali no telefon.

Syarat2 penyertaan

-Kejohanan adalah terbuka kepada semua orang
-Pertandingan tanpa kasut
-Pertandingan mengikut kalah mati
-Jumlah peserta dan berat setiap tarikan adalah kurang 680kg atau 8org
-Sebarang kecederaan adalah tanggungjawab masing2.
-Keputusan hakim adalah muktamad.
-Syarat teknikal ditetapkan oleh Pengurus Pasukan yg akan menghubungi peserta dan menganjurkan taklimat selepas tarikh tutup penyertaan
-AJK Kelab dan Persatuan perlu merancang sendiri penyertaan ahli dan boleh membuat seberapa banyak penyertaan dan salinan borang jika terdapat keperluan.

Sebarang kesulitan/pertanyaan boleh menghubungi Fatin, 0173923239

LET'S DONATE ! - PESTA KONVO UPM 2011



PERTANDINGAN FOTOGRAFI





 Mari-mari warga k11 tunjukkan bakat menangkap moment yg trbaik ! Sebarang kesulitan, sila hubungi Faten 0173923239.

Sunday, 31 July 2011

Kem Pemantapan Organisasi 2011




Kem Pemantapan Organisasi 2011 telah diadakan pada 25 hingga 30 Julai 2011. Program ini dirancang khas untuk barisan kepemimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sebelas serta Pengerusi-pengerusi dan Timbalan-Timbalan Pengerusi persatuan dan kelab di Kolej Sebelas sesi 2011/2012. Program enam hari lima malam ini memberikan penekanan kepada penilaian semula tahap kejelikitan dan prestasi kumpulan MTM serta barisan kepimpinan kelab dan persatuan kolej, merancang takwim aktiviti kolej untuk sesi 2011/2012 dan memberi pendedahan berkaitan aspek kerjasama dan kepentingan semangat berpasukan kepada barisan MTM serta barisan kepimpinan persatuan dan kelab kolej sesi 2011/2012. Peserta didedahkan kepada makna, cara dan penterjemahan semangat berkumpulan secara diskusi, dinamik kumpulan, pemupukan nilai menerusi riadah dan aktiviti outdoor.  Program ini akan membentuk barisan pemimpin baharu yang berkaliber dalam menerajui barisan MTM serta persatuan dan kelab kolej sesi 2011/2012.

Dari 25 hingga 26 Julai 2011, kem ini diadakan di sekitar Kolej Sebelas. Dalam kem ini, kami banyak didedahkan tentang sistem pengurusan kolej, ISO, bagaimana untuk membuat sesuatu aktiviti termasuklah kertas kerja,penajaan dan permohon pinjaman peralatan daripada kolej dan universiti. Dalam kem ini juga kami telah menyediakan takwim 2011 untuk semua aktiviti Kolej 11.







Pada 27 hingga 30 Julai 2011, kem diteruskan bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak. Di sana kami dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada mantan-mantan MTM sesi 2010/2011 yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami. Kami juga telah diterapkan erti kasih sayang dan telah merapatkan hubungan kami melalui aktiviti yang disediakan.













Keseluruhannya, kem ini berjaya merapatkan hubungan kami sesama ahli MTM dan MTB yang bakal bersama-sama memimpin Kolej 11. Kami banyak belajar tentang cara mengawal emosi dalam bekerja. Kami amat berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada Kolej 11 yang telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai Kem Pemantapan Organisasi 2011 ini.

More pictures are available on our Facebook. Do visit us fellas ! =) 

Wednesday, 20 July 2011

Wednesday, 29 June 2011

Maulidur Rasul (UPM)
  • 26 FEB 2010
  • Hari: Jumaat
  • Perkara: -Perarakan (pertandingan), 1 blok 10 orang
  • 5.30 ptg: Ucapan TNC
  • 6.00 ptg: Talk Muslim Ideal
  • 6.45 ptg: Berarak dari dewan besar ke masjid UPM
  • Solat maghrib, kuliah, makan, solat isyak
Aktiviti Di Surau Baitul Aqilah

  • TAJUK: "Ini Sejarah Kita"
  • Oleh - Kak Kaulah (ex-MTM Sahsiah)
  • Qiamulail
Outreach Alumni 2010

  • 23 FEB 2010
  • Masa: 8.00 malam
  • Sijil, merit dan makan malam disediakan.
KTDI - Malam Sayembara Interkolej (1 Malaysia)

  • Dua orang peserta (deklamasi puisi)
  • Kreatif (cara bacaan)
  • 13 MAC 2010 - Saringan
  • 19 MAC 2010 - Akhir dan Majlis Penutup
Zafest

  • 28 MAC 2010
Teater dan Lawatan (Sekretariat Kebudayaan)

  • 7 MAC 2010
Karnival Sukan Interblok

  • 1 MAC - 7 MAC 2010
  • Sukan (ikut blok):
  • Bola Jaring (8 org per team)
  • Bola Tampar (8 org per team)
  • Bola Keranjang (8 org per team)
  • Softball (10 org per team)
  • Tarik tali & sukaneka - BEBAS/OPEN!
Pertandingan Untuk Majalah Kolej

  • 25 FEB - 15 MAC 2010

Booth Kelab Redaksi


Dijemput semua untuk singgah ke Booth Kelab Redaksi!
Ayohhhhhhh~!:DDMerit!

Kolej Sebelas



Kolej Sebelas dibuka untuk penempatan pelajar pada 10 Mei 1999. Ia terdiri daripada satu mega blok asrama tujuh tingkat yang mengandungi 410 bilik pelajar. Pelajar siswa ditempatkan di tingkat satu dan dua, manakala pelajar siswi di tingkat tiga hingga tujuh. Di samping bilik-bilik pelajar terdapat juga kemudahan bilik bacaan pelajar di setiap aras.Di tingkat bawah pula ditempatkan kaunter pertanyaan pejabat am, bilik mesyuarat, bilik ilmiah, bilik computer, bilik Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej, dewan serbaguna, surau, bilik gymnasium dan flat-flat yang menempatkan felo-felo Kolej Sebelas. Selain daripada menjadi tempat kediaman pelajar, kolej juga bertanggungjawab ke atas pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal. Aktiviti yang berkaitan diselaraskan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej dengan dibantu oleh pengetua, felo dan pengurusan kolej.Pelajar-pelajar di kolej ini ditempatkan mengikut zon-zon tertentu. Terdapat empat zon pada setiap aras dimana setiap ketua zon berkenaan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan ahli-ahli mereka. Setiap zon juga mempunyai bilik bacaan, bilik mandi dan kawasan masing-masing. Bermula daripada sesi Mei 2002/2003, Kolej Sebelas telah menjadi kolej siswi dimana kesemua penghuni adalah terdiri daripada siswi sepenuhnya. Ini adalah lanjutan daripada proses pengasingan di antara pelajar siswa dan siswi yang melibatkan dua kolej iaitu Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dimana semua pelajar siswa ditempatkan di Kolej Sepuluh manakala siswi di Kolej Sebelas.