Sunday 31 July 2011

Kem Pemantapan Organisasi 2011




Kem Pemantapan Organisasi 2011 telah diadakan pada 25 hingga 30 Julai 2011. Program ini dirancang khas untuk barisan kepemimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sebelas serta Pengerusi-pengerusi dan Timbalan-Timbalan Pengerusi persatuan dan kelab di Kolej Sebelas sesi 2011/2012. Program enam hari lima malam ini memberikan penekanan kepada penilaian semula tahap kejelikitan dan prestasi kumpulan MTM serta barisan kepimpinan kelab dan persatuan kolej, merancang takwim aktiviti kolej untuk sesi 2011/2012 dan memberi pendedahan berkaitan aspek kerjasama dan kepentingan semangat berpasukan kepada barisan MTM serta barisan kepimpinan persatuan dan kelab kolej sesi 2011/2012. Peserta didedahkan kepada makna, cara dan penterjemahan semangat berkumpulan secara diskusi, dinamik kumpulan, pemupukan nilai menerusi riadah dan aktiviti outdoor.  Program ini akan membentuk barisan pemimpin baharu yang berkaliber dalam menerajui barisan MTM serta persatuan dan kelab kolej sesi 2011/2012.

Dari 25 hingga 26 Julai 2011, kem ini diadakan di sekitar Kolej Sebelas. Dalam kem ini, kami banyak didedahkan tentang sistem pengurusan kolej, ISO, bagaimana untuk membuat sesuatu aktiviti termasuklah kertas kerja,penajaan dan permohon pinjaman peralatan daripada kolej dan universiti. Dalam kem ini juga kami telah menyediakan takwim 2011 untuk semua aktiviti Kolej 11.







Pada 27 hingga 30 Julai 2011, kem diteruskan bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak. Di sana kami dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada mantan-mantan MTM sesi 2010/2011 yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami. Kami juga telah diterapkan erti kasih sayang dan telah merapatkan hubungan kami melalui aktiviti yang disediakan.













Keseluruhannya, kem ini berjaya merapatkan hubungan kami sesama ahli MTM dan MTB yang bakal bersama-sama memimpin Kolej 11. Kami banyak belajar tentang cara mengawal emosi dalam bekerja. Kami amat berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada Kolej 11 yang telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai Kem Pemantapan Organisasi 2011 ini.

More pictures are available on our Facebook. Do visit us fellas ! =) 

No comments:

Post a Comment