Wednesday 29 June 2011

Kolej Sebelas



Kolej Sebelas dibuka untuk penempatan pelajar pada 10 Mei 1999. Ia terdiri daripada satu mega blok asrama tujuh tingkat yang mengandungi 410 bilik pelajar. Pelajar siswa ditempatkan di tingkat satu dan dua, manakala pelajar siswi di tingkat tiga hingga tujuh. Di samping bilik-bilik pelajar terdapat juga kemudahan bilik bacaan pelajar di setiap aras.Di tingkat bawah pula ditempatkan kaunter pertanyaan pejabat am, bilik mesyuarat, bilik ilmiah, bilik computer, bilik Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej, dewan serbaguna, surau, bilik gymnasium dan flat-flat yang menempatkan felo-felo Kolej Sebelas. Selain daripada menjadi tempat kediaman pelajar, kolej juga bertanggungjawab ke atas pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal. Aktiviti yang berkaitan diselaraskan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej dengan dibantu oleh pengetua, felo dan pengurusan kolej.Pelajar-pelajar di kolej ini ditempatkan mengikut zon-zon tertentu. Terdapat empat zon pada setiap aras dimana setiap ketua zon berkenaan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan ahli-ahli mereka. Setiap zon juga mempunyai bilik bacaan, bilik mandi dan kawasan masing-masing. Bermula daripada sesi Mei 2002/2003, Kolej Sebelas telah menjadi kolej siswi dimana kesemua penghuni adalah terdiri daripada siswi sepenuhnya. Ini adalah lanjutan daripada proses pengasingan di antara pelajar siswa dan siswi yang melibatkan dua kolej iaitu Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dimana semua pelajar siswa ditempatkan di Kolej Sepuluh manakala siswi di Kolej Sebelas.

3 comments:

  1. keadaan bilik k11 camne ek..? leh tunjuk x..?

    ReplyDelete
  2. bilik di k11 mempunyai keluasan untuk didiami 2 orang pelajar. katil, locker, ampaian dan meja belajar disediakan.

    ReplyDelete
  3. tq bagi pengetahuan serba ckit sal k11..:)

    ReplyDelete